Pages

Tuesday, 22 April 2014

5 Cara Mendapatkan Motivasi untuk Bekerja

1. Tumpukan hanya pada satu matlamat dalam satu-satu masa
    
Cuba tuliskan dan tumpukan hanya satu matlamat sehari...ini lebih memudahkan kita fokus dan lebih bermotivasi. Kita akan lebih jelas dengan apa yang ingin kita lakukan. Jika kita mempunyai banyak matlamat untuk dicapai dalam satu masa, kita mungkin akan terbeban dan mula rasa tak mampu nak buat. Bila ini berlaku, motivasi akan semakin menurun dan akhirnya tak buat apa-apa pun. Hmmm...memang benda ni selalu jadi kat saya...huhuhu...Lepas ni, jangan tamak dengan matlamat ye. Pastikan yang utama tercapai dulu.

2. Pilih matlamat yang betul

Ada ke matlamat yang tak betul? Matlamat kita ni semua betul cuma cari yang betul-betul kita teruja nak buat. Contohnya, kalau teruja nak cuba masakan baru, teruskan...sebab kita akan rasa lebih termotivasi melakukan sesuatu yang kita suka dan benar-benar nak buat...tak akan rasa penat dan masa digunakan sebaik mungkin.

Tapi macam mana pula dengan kerja yang kita tak suka tapi terpaksa buat macam kat tempat kerja?
Mana boleh pilih-pilih kan, Semua pun kena buat. Never feel stress...buat jer. Masa buat tu cuba cari perkara-perkara menarik yang ada dalam tugasan tu. Mesti ada kan...mesti jumpa. Kadang-kadang kita terpaksa buat kerja-kerja yang kita tak suka untuk dapatkan kerja yang kita suka.

3. Jadualkan rehat

Elakkan kerja berterusan tanpa rehat sehari suntuk. Bila dah selesai satu-satu tugas atau antara tugas, seelok-eloknya rehat sekejap dalam 5 ke 10 minit. Ini adalah untuk caj semula tenaga mental dan fizikal. Kalau tak caj, produktiviti akan mudah menurun. At the end of the day, muka dan badan nampak lesu dan stress. Masa rehat tu boleh la minum ke, kunyah-kunyah ke, borak-borak ke...tapi kejap je tau. Kalau lama, produktiviti lagi menurun.Laaagi stress...

4. Dapatkan kumpulan sokongan

Ni siapa-siapa pun boleh...yang kita rasa boleh membantu kita, misalnya, boss atau kawan-kawan sekerja. Kita boleh minta mereka ingatkan kalau kita lalai atau alpa dalam menjalankan tugas. Tapi biasanya kalau boss, kita tak payah minta tolong ingatkan pun dia akan sentiasa ingatkan : ) . Terima kasih Boss...

5. Tukar persekitaran

Yang ini saya cukup suka...tukar persekitaran. Kalau kita biasanya duduk dalam kubikal ofis, apa salahnya sekali sekala duduk luar ofis. Mungkin nak menaip sesuatu contohnya, boleh la bawa laptop ke notebook ke ke tempat yang kita rasa boleh menaikkan mood bekerja. Mungkin boleh pergi ke café atau kantin....sambil-sambil buat kerja boleh ler minum-minum (nak kena dengan boss ni...). Atau boleh duduk bawah pokok, buat kerja sambil tengok pemandangan atau panorama. Apa-apa hal pun dengan kebenaran boss okey...


Till then :)












Thursday, 22 August 2013

Rehat minda

 
Thanks a bunch to my Dear Brother Aeimro for this nice artwork... :) 
 
Till then

Tuesday, 20 August 2013

Happy Belated Birthday...



Dah sebulan lebih dah birthdayku berlalu...tapi baru tulis entry ni.  Celebrate dengan anak-anak, Mr. Hubby dan kawan sekerja...Sarina. Kali ni pegi terjah Grand Season, KL untuk Hi Tea.

Awww! umur dah makin bertambah...banyak benda lagi nak kena improve.

Good Luck Aida...Sentiasa perbaiki diri dan bermotivasi...stay positive!

Till then

Thursday, 27 June 2013

Lobster oh Lobster...

Hi,

Hari ni nak update pasal aktiviti masa cuti sekolah 2 minggu yang lepas...baru nak update? Memangla baru sebab blog ni pn baru je wujud.

Sehari sebelum cuti sekolah, guru Ketua Rumah Sukan Perwira dah agih2 tugas kat guru2 rumah. Saya kena buat costume untuk maskot rumah...biasalah tetap dan berpencen.
 
 
 
Tahun lepas buat Angry Bird.
 


Tahun ni member ni soh buat lobster.

 LOBSTERRRR???!!! 

3, 4 hari dok fikir....camaner la nak buat lobster ni.

Then, surf internet cari idea....macam2 jenis costume.

So, hasil gabungan beberapa idea, dapatlah lobster yg iniiiiiii.....

My Dear Son jadi model. Masa ni belum siap sepenuhnya.
 

 

Bila tiba hari sukan, 13 Jun hari tu, pelajar pun pakai. Lobster dan anak2nya berarak dalam perbarisan.


 
 
 
Sarung kepala tu buat guna tudung ninja. Sepatutnya tarik sampai bawah...
bagi nampak seluruh muka. Tapi budak ni segan nampaknya.
 


Kiter yang tukang buat ni, rasa banggalah sbb dapat hasilkan costume ni dan ramai orang tengok.

Tup...tup...sorang member ni komen "Cantiknya ko buat costume ketam tu....macam beli"
.
Haaaa??....uwaaaaa!!! Dia kata KETAM, penat aku buat lobster! Nampak sangat lobster tu tak menjadi...sob...sob.
 
Seminggu lepas sukan, seorang rakan guru tanya macam ni..."Ada kawan kat sekolah lain nak pinjam maskot ketam tu, boleh ke?"

KETAM lagi!  Ketam pn ketamlah...



.

 
 
 
Johan keseluruhan Acara Balapan dan padang kali ni disandang oleh Rumah Kuning. Tahniah kuning!
 
 
Rumah Merah lak dapat tempat ketiga....tahniah jugaklah. Untuk acara perbarisan pulak dimenangi oleh Rumah Biru dan Rumah Merah tempat kedua....Not bad.
 
 
Till then...

Monday, 24 June 2013

Apa nak buat bila rasa down?

Ada masa-masa tertentu kita rasa down dan  takde semangat nak buat apa-apa walaupun kita tau yang benda tu penting. Banyak sebab kenapa kita rasa down contohnya matlamat tak tercapai, tak dapat apa yang kita nak, disisihkan kawan,....and etc.

Kalau dibiarkan tanpa ambil apa-apa tindakan, benda ni akan berpanjangan dan kita downnnnn je manjang. Muka moyok, jadi malas, orang lain tengok pun jadi tak semangat.

Kena buat something! Bertindak sekarang!

Kalau saya, ada beberapa perkara yang saya selalu lakukan kalau alami situasi macam ni....and these really work on me.




Mandi dan hias diri

Lepas mandi kita akan rasa segar dan wangi..and this could give the calming effect to our mind and body and lift our mood. Baru ada rasa nak start buat kerja. Rasa nak start je, buatnyer tak lagi...silap haribulan pegi tidur lak! Kadang-kadang iye...hehe

Part hias diri paling saya suka. Saya suka mekap, sama ada mekap diri sendiri atau mekapkan orang lain. Selalu cari mangsa untuk dimekapkan. Terer mekap tu takde langsunglaaa. Tapi bolehla untuk diri sendiri.


Keluar rumah and have some fun

Kadang-kadang kalau takde benda pun saya akan keluar rumah walaupun setakat isi minyak kereta. Asyik terperap kat rumah boleh buat kita rasa down. Mungkin kita tak perasan. Kita akan perasan bila kita dah keluar rumah dan buat something kat luar. Owh! aku rasa down rupannya sampaikan isi minyak kereta pun rasa best.

Beli sesuatu

Lalalala...ni yang paling best! Tempat favouriteku....kedai-kedai mekap, aksesori wanita. Giant pun jadik. Bukannya beli yang mahal-mahal pun. Setakat RM 0.50 ke RM1.00 je. Kira harga anak gajah ler ni. Ikut bajet masing-masing la kan. Tapi kadang-kadang terlajak juga sampai terbeli bapak gajah. Haaa...bila dah balik rumah jadik double down sebab tak sangka pulak beli bapak gajah. Part ni kena hati-hati ye (peringatan untuk diri sendiri).


Buat apa yang diminati

Saya minat menjahit. Bila dapat siapkan sepasang baju, saya rasa satu kepuasan. Mood saya akan jadi lebih baik dan mula ada semangat nak buat benda lain...a little achievement leads to another goal...


Dengar atau baca buku dan kata-kata motivasi

This is another effective way...for me. Baca buku motivasi adalah satu cara untuk menjadikan diri kita lebih baik....suami yang lebih baik, isteri yang lebih baik, ibu atau bapa yang lebih baik, kawan yang lebih baik, staf yang lebih baik...just to name a few.

Setiap hari kena belajar untuk perbaiki diri untuk jadi lebih baik...memang kena belajar...takde shortcut-shortcut. Macammana nak belajar? Satu caranya, dengar atau baca buku dan kata-kata motivasi. Belajar dari pengalaman orang lain.

Bila kita menjadi lebih baik, kita akan boleh manage diri dengan lebih senang dan tahu apa nak buat...so kalau rasa down, cuba-cubalah baca buku atau kata-kata motivasi.

Kemas dan bersihkan rumah

Yang ini boleh menaikkan mood serta merta bila rumah dah bersih dan kemas. Lagi-lagi kalau buat pembersihan dan pengemasan yang kaw-kaw! Mulalah nak buat itu dan ini. Bila dah buat itu dan ini, sepah balik..hehe..

Contohnyer kat dapur...Bila dapur dah wangi dan berkilat, ruang kaunter bersih dan licin, barang semua tersusun rapi, mulala si Aida ni nak masak itu dan ini...muffin la...kek la...waffle la. See? Bila ruang bersih dan kemas, motivasi nak buat something pun terus pop up!







Sunday, 23 June 2013

A Special Gift From kak Ros

Waaa....seronoknyer dapat present dari seorang kawan baik, Kak Ros. Kat mug tu siap ada gambar me and my beloved family dok bersusun atas sofa. Katanya sebagai ucapan terima kasih sebab tolong dia...aderlaaa... Uish! kalau macam ni nak tolong selalulah...ngeee...

Disebabkan gambar ni agak panjang, kenalah shoot dari tiga angle. Cuba kira, berapa ramai ahli keluarga saya dalam mug ni?



 
 
 
 
 
 
 
Kak Ros, thank you so much...I really appreciate it. This is my first printed mug with my own family photo.

So nice...sampai sayangnyeeerrrr nak guna. Boleh tak?

Till then