Ada masa-masa tertentu kita rasa down dan takde semangat nak buat apa-apa walaupun kita tau yang benda tu penting. Banyak sebab kenapa kita rasa down contohnya matlamat tak tercapai, tak dapat apa yang kita nak, disisihkan kawan,....and etc.
Kalau dibiarkan tanpa ambil apa-apa tindakan, benda ni akan berpanjangan dan kita downnnnn je manjang. Muka moyok, jadi malas, orang lain tengok pun jadi tak semangat.
Kena buat something! Bertindak sekarang!
Kalau saya, ada beberapa perkara yang saya selalu lakukan kalau alami situasi macam ni....and these really work on me.
Mandi dan hias diri
Lepas mandi kita akan rasa segar dan wangi..and this could give the calming effect to our mind and body and lift our mood. Baru ada rasa nak start buat kerja. Rasa nak start je, buatnyer tak lagi...silap haribulan pegi tidur lak! Kadang-kadang iye...hehe
Part hias diri paling saya suka. Saya suka mekap, sama ada mekap diri sendiri atau mekapkan orang lain. Selalu cari mangsa untuk dimekapkan. Terer mekap tu takde langsunglaaa. Tapi bolehla untuk diri sendiri.
Keluar rumah and have some fun
Kadang-kadang kalau takde benda pun saya akan keluar rumah walaupun setakat isi minyak kereta. Asyik terperap kat rumah boleh buat kita rasa down. Mungkin kita tak perasan. Kita akan perasan bila kita dah keluar rumah dan buat something kat luar. Owh! aku rasa down rupannya sampaikan isi minyak kereta pun rasa best.
Beli sesuatu
Lalalala...ni yang paling best! Tempat favouriteku....kedai-kedai mekap, aksesori wanita. Giant pun jadik. Bukannya beli yang mahal-mahal pun. Setakat RM 0.50 ke RM1.00 je. Kira harga anak gajah ler ni. Ikut bajet masing-masing la kan. Tapi kadang-kadang terlajak juga sampai terbeli bapak gajah. Haaa...bila dah balik rumah jadik double down sebab tak sangka pulak beli bapak gajah. Part ni kena hati-hati ye (peringatan untuk diri sendiri).
Buat apa yang diminati
Saya minat menjahit. Bila dapat siapkan sepasang baju, saya rasa satu kepuasan. Mood saya akan jadi lebih baik dan mula ada semangat nak buat benda lain...a little achievement leads to another goal...
Dengar atau baca buku dan kata-kata motivasi
This is another effective way...for me. Baca buku motivasi adalah satu cara untuk menjadikan diri kita lebih baik....suami yang lebih baik, isteri yang lebih baik, ibu atau bapa yang lebih baik, kawan yang lebih baik, staf yang lebih baik...just to name a few.
Setiap hari kena belajar untuk perbaiki diri untuk jadi lebih baik...memang kena belajar...takde shortcut-shortcut. Macammana nak belajar? Satu caranya, dengar atau baca buku dan kata-kata motivasi. Belajar dari pengalaman orang lain.
Bila kita menjadi lebih baik, kita akan boleh manage diri dengan lebih senang dan tahu apa nak buat...so kalau rasa down, cuba-cubalah baca buku atau kata-kata motivasi.
Kemas dan bersihkan rumah
Yang ini boleh menaikkan mood serta merta bila rumah dah bersih dan kemas. Lagi-lagi kalau buat pembersihan dan pengemasan yang kaw-kaw! Mulalah nak buat itu dan ini. Bila dah buat itu dan ini, sepah balik..hehe..
Contohnyer kat dapur...Bila dapur dah wangi dan berkilat, ruang kaunter bersih dan licin, barang semua tersusun rapi, mulala si Aida ni nak masak itu dan ini...muffin la...kek la...waffle la. See? Bila ruang bersih dan kemas, motivasi nak buat something pun terus pop up!
No comments:
Post a Comment